BUKAN SEGULUNG IJAZAH YANG MENGAJAR AKU MENJADI MANUSIA

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam celik dah masuk 1 Februari 2015 , benarlah masa itu tidak menunggu kita . Bagi saya masa itu ibarat DIAMOND kerana apa? Kerana harganya lebih mahal daripada emas dan tidak boleh digadai . Kalau diberi pilihan antara emas dan permata, saya lebih memilih permata kerana tidak ternilai dan tiada siapa boleh memaksa saya mengadainya.


Begitulah hidup ini sangat berharga jika kita tahu menghargainya . Tapi ramai telah hanyut hanya kerana mengejar pangkat dan harta .Sememangnya  ilmu duniawi itu penting tetapi jika dek mengejar ilmu kita lupa diri lupa siapa TUHAN kita , alangkah teruknya kita. kita sanggup menggunakan apa cara sekalipun untuk mendapat kedudukan tetapi ternyata hati kita penuh dengan titik hitam .


IKHLAS,TAWADUK,ISTIQOMAH,TAWAKAL ....Sifat-sifat ini semakin menjauh dari kita apabila kita terlalu leka mengejar sesuatu yang belum pasti . Ya mungkin kita mahu orang bangga dengan kita tapi jauh di sudut hati kita adakah kejayaan dunia ukuran untuk kita meraih syurga ALLAH di akhirat kelak?
Cuba kita nilai semula diri kita , sudah cukupkah bekalan kita untuk menghadapi kematian yang bakal tiba, dimanakah saham akhirat kita?
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya."





Jika hari ini saya tidak mengenggam segulung ijazah yang diimpikan maafkan saya. Tapi saya ada sesuatu yang lebih berharga dari segulung ijazah ,iaitu bekalan saya untuk menghadapi kematian saya nanti .Janganlah kita terlalu tipikal sehingga memandang ijazah seseorang untuk menawarkan pekerjaan kepada nya .Inilah khalifah Allah yang senantiasa mengharap redhonya. 







Bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:

 إنَّ اللَّهَ لا ينظرُ إلى أجسادِكُم ، ولا إلى صورِكُم ، ولَكِن ينظرُ إلى قلوبِكُم

Maksudnya:  “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”
(HR Muslim)
Nilai kemanusiaan itu amat perlu. Ketepikan sekejap pangkat kita . Sementara kita masih hidup carilah kesempatan untuk beramal walau sekejap . Mungkin saya tidak kaya ,tetapi saya ada tenaga yang boleh digunakan sebaik-baiknya .

#TIMEISDIAMOND
#FALLFROMTHESKY
#CLOSETOCATCH
#DEEPINTHEHEART
#WEARETHEKHALIFAH


Comments

Popular Posts