Hujan permata di Negeri Rantau, Hujan Panas di kampung Ku

Salam pembaca budiman....

Hari ini kerinduan ku semakin membuak2 untuk pulang ke kampung halaman. 
Apatah lagi pabila pulang dari misi banjir di Kemubu , Kelantan .
Pabila melihat tidur bertemankan sepasang warga emas yang berhati mulia sanggup berkongsi tempat tidur dengan team saya. Masya Allah , tiba-tiba aku teringat kedua orang tua ku di kampung yang telah lama ku tidak pulang. Rindukah mereka pada ku? Sebelum ini sering jua mereka bertanya khabar aku. Tapi ketika aku ingin berangkat ke Kelantan mereka terus menyepi .Aku cuma dapat berhubung dengan adik ku Firdaus . Si kecik Naaim pula telah melangkah ke alam sekolah menengah pada 13 Januari yang lalu. Alhamdulillah tidak sia-sia orang tua ku membesarkan kami kerana Naaim mendapat 5A dalam UPSR.
Hatiku menjerit-jerit ingin pulang ke kampung halaman.



 




Comments

Popular Posts