Bila Alam Berbicara





Assalamualaikum semua.... Dewasa ini pelbagai pencemaran yang berlaku .Manusia semakin rakus .
Firman Allah bermaksud:
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka sudah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat." (Surah ar-Ruum, ayat 41)



Pembalakan haram yang makin berleluasa



                                                  


Kesan akibat perbuatan manusia

  • Pembalakan haram telah menyebabkan berlakunya banjir kilat ,hakisan tanah , tanah runtuh , kepupusan sumber kayu balak , haiwan dan unggas hilang tempat tinggal ,kawasan tadahan air semakin berkurangan. 
    Tsunami banjir 2014 - Kelantan
  • Kemusnahan harta benda akibat banjir

  • Pencemaran udara mengakibatkan penipisan lapisan ozon , pemanasan global , pencairan air di kutub , peningkatan paras air laut , tersebarnya pelbagai penyakit

  • Pencemaran air menyebabkan krisis air , kemusnahan habitat hidupan air , penyakit seperti kencing tikus ( Leptospirosis ), taun dan sebagainya.

Akibat dari perbutan kita sendiri , akhirnya diri kita yang menerima akibatnya . Sampai bilakah agaknya kita mahu pentingkan diri sediri dan membiarkan alam ini musnah sedikit demi sedikit ? Apakah kita cukup bersedia menghadapi bencana akibat kerakusan kita mengejar materialistik ?
Tanggungjawab kita terhadap alam sekitar itu perlu . Kita hanya pemimjam dari generasi akan datang jadi hargailah apa yang di beri pinjam kepada kita .


Surat Al-Baqarah/2 : 30-33

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلُُ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ {30} وَعَلَّمَ ءَادَمَ الأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَؤُلآءِ إِن كُنتُم صَادِقِينَ {31} قَالُوا سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَآ إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ {32} قَالَ يَآءَادَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ فَلَمَّآ أَنبَأَهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ {33}

ARTINYA
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.” Mereka berkata : “Apakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu siapa yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku me-ngetahui apa yang tidak Engkau ketahui.”  Dia mengajar kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian memaparkannya kepada para malaikat, lalu berfirman : “Sebutkanlah kepadaKu nama-nama benda itu, jika kamu ‘orang-orang’ yang benar.” Mereka berkata : “Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Allah berfirman : “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini !” Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman : “Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan kamu sembunyikan?”

Comments

Popular Posts