Travelog Bukit Jalil Ke Kemubu , Kelantan With PASAK TEAM.
Assalamualaikum ...kepada follower U.E sekalian . Maaf lah jika saya menyapi terlalu lama .
Banyak pahit manis yang saya lalui sepanjang 2014 yang lalu . Tetapi apa yang saya lagi tersentuh dengan musibah yang melanda beberapa negeri seperti Kelantan , Pahang , Perak & Perlis . Musibah banjir yang sangat mencetus emosi .
![]() |
Pokok besar yang meranapkan beberapa rumah |
![]() |
Sisa rumah yang tinggal |
![]() |
Hanyut di badai ombak banjir |
![]() |
Tandas yang tersisa selepas banjir |
![]() |
Laluan utama kereta api penghubung utama penduduk Kemubu Dengan Kuala Krai |
![]() |
Keadaan tiang jambatan kereta api yang terputus dari landasan |
![]() |
Jambatan kereta api yang terputus dan hanyut |
Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul . Kami Pasukan Sukarelawan Cakna Komuniti telah terpanggil untuk sama - sama berbakti . Pada 16 JANUARI 2015 yang lalu kami seramai 42 orang diketuai oleh Ibnu Walid dibantu oleh Ketua setiausaha June Hadi telah bertolak ke Kelantan . Rancangan awal kami adalah untuk ke Manik Urai tetapi telah ditukar pada saat - saat akhir. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
![]() |
Menaiki trak tentera untuk ke Sk Kemubu kerana bas tidak boleh masuk lebih jauh ke kawasan kampung . |
Alhamdulillah misi kami 99% sempurna . Tepat jam 10 malam , 18 JANUARI 2015 kami selamat tiba kembali di Bukit Jalil setelah 3 hari 2 malam di Kelantan. Misi seterusnya akan menyusul seawal Februari 2015 .
p/s: maaflah pembaca sekalian jika ada bahasa bercampur aduk atau apa sahaja. Ini hanya sedikit bingkisan kenangan daripada saya .
Sedikit kata - kata nasihat dari Emcee Nasz sebelum bertolak..
https://www.youtube.com/watch?v=DlLlKKipeRY&lc=z12jgje5urzfvzbnm23ihnlirzr4fzbme
Comments
Post a Comment